GISBH: 740 rakaman percakapan direkod

GISBH: 740 rakaman percakapan direkod

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 740 rakaman percakapan telah direkodkan bagi siasatan membabitkan serbuan rumah amal Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia membabitkan 30 adalah rakaman percakapan pengadu, saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102).

“Jumlah kumulatif kertas siasatan yang telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 33 kertas siasatan.

“Sebanyak 10 kertas siasatan dibuka pada Fasa 1 iaitu masing-masing enam di Sela­ngor dan Negeri Sembilan (4), manakala Fasa 2 melibatkan 23 kertas siasatan iaitu 16 di Selangor, Negeri Sembilan (2), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1),” katanya kepada pemberita semalam.

Dalam perkembangan sama, siasatan membabitkan 20 rumah amal dikaitkan GISBH meliputi pelbagai aspek termasuk dakwaan penderaan dan jenayah lain.

Razarudin memberitahu Utu­san Malaysia, polis setakat ini masih menjalankan siasatan terperinci melalui Op Global yang dijalankan pada 11 September lalu.

Katanya, ini termasuk siasatan video tular yang menunjukkan kanak-kanak yang ditempatkan rumah amal tersebut dipercayai didera.

“Siasatan masih di fasa pertama dan kedua yang dikaitkan dengan elemen pengabaian, penganiayaan dan eksploitasi kanak-kanak.

“Walaupun setakat ini beberapa pertuduhan telah dibuat di mahkamah namun pihak polis giat melengkapkan kertas siasatan yang lain,” katanya.

Justeru, beliau memohon orang ramai memberi pihak po­lis menjalankan siasatan ber­kaitan kes tersebut.

Kelmarin, Razarudin memberitahu, seramai 149 mangsa kanak-kanak berumur satu hingga 10 tahun telah diberikan perintah jagaan sementara yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Beliau berkata, mangsa ini dan telah dipindahkan ke empat pusat perlindungan.

Baki 243 kanak-kanak masih lagi ditempatkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat.

Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membekukan 96 akaun melibatkan GISBH bernilai RM581,552.31 mengikut Seksyen 44(1) AMLATF­PUAA 2021 selain empat akaun telah ditutup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×