Aisha Retno sedang kenal hati budi seseorang

Aisha Retno sedang kenal hati budi seseorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aisha Retno mendedahkan dia kini sedang mengenal hati budi seseorang.

Menurut Aisha, dia terbuka untuk berkenalan dengan seorang lelaki yang boleh memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni.

“Dalam usia muda begini, kita berkenalan dengan ramai orang. Tapi kita tengok juga, sama ada tujuan mereka dekati kita itu bukan untuk ambil kesempatan.

“Dia seorang yang berada dalam industri seni, tapi dia bukan seorang penyanyi dan banyak bekerja di belakang tabir. Apa-apa pun doakan yang baik.

“Saya perlukan seseorang yang memahami kerjaya dan rentak saya dalam industri. Saya tidak bekerja dari jam 9 pagi ke 5 petang. Setakat ini, tak ramai yang boleh faham dengan kerjaya saya,” katanya.

Tambah Aisha, dia juga khuatir sekiranya lelaki yang ingin berkenalan dengannya itu tidak boleh memahami kerjayanya yang terikat dengan kepadatan jadual kerja serta perlu bersosial.

“Saya rasa, pemikiran saya yang kreatif bukan mudah untuk orang itu yang faham saya. Kalau saya jelaskan seribu kali pun dia tak anggap saya sebagai seorang penyanyi sahaja. Saya nak seseorang itu faham cara pekerjaan saya terutamanya bila bertemu dengan orang ketika menghadiri mana-mana acara,” jelasnya.

Ditanyakan mengenai tempoh perkenalannya dengan jejaka itu, Aisha bagaimanapun enggan mendedahkanya malah menegaskan hubungan mereka masih hanya sekadar berkawan.

“Saya sebenarnya, baru kenal hati budi dia sahaja dan tidak lebih daripada itu. Sekiranya ada apa yang terjadi, semestinya saya tidak akan sorok,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×