7,601 premis tolak beg plastik sekali guna - Utusan Malaysia

7,601 premis tolak beg plastik sekali guna

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,601 premis perniagaan di seluruh negara menyertai kempen ‘Kata Tidak Pada Beg Plastik Sekali Guna’ dalam usaha menangani kesan negatif penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, semua pihak termasuk pengguna, peruncit dan industri plastik perlu memainkan peranan dan tanggungjawab secara kolektif dalam mengurangkan kebergantungan kepada plastik sekali guna.

Katanya, plastik mengambil masa berabad lamanya untuk terurai dan sepanjang tempoh tersebut, ia boleh mencemarkan tanah dan air serta mendatangkan risiko kepada kehidupan manusia dan haiwan.

“Alternatif kepada beg plastik jinjit sekali guna ialah penggunaan yang mesra alam seperti beg kain serta bekas makanan dan minuman yang boleh diguna semula perlu dipromosikan secara meluas.

“Ini bukan sahaja membawa manfaat kepada alam sekitar, tetapi juga membuka peluang untuk mencipta perniagaan dan inovasi hijau yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kempen anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu selaras dengan hasrat negara untuk mencapai transformasi ekonomi kitaran dengan memaksimumkan kecekapan penggunaan sumber dan meminimumkan penjanaan sisa.

Ia merupakan komitmen kerajaan bagi mengamalkan kaedah penggunaan dan pengeluaran yang mampan di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Kempen itu juga bertepatan dengan visi Rangka Tindak Ekonomi Kitaran bagi Sisa Pepejal di Malaysia yang dilancarkan pada 6 Ogos lalu sekali gus menyokong usaha KPKT mencapai sasaran dalam Rancangan Malaysia Ke-12. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya