Mungkin saya perlu garang dari hari pertama mengajar - Farisha Iris - Utusan Malaysia

Mungkin saya perlu garang dari hari pertama mengajar – Farisha Iris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Farisha Iris mendedahkan dirinya sering kali berdepan dengan pelbagai kerenah anak murid sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik ketika ini.

Farisha atau Farisha Asmadi, 27, berkata, situasi tersebut memaksa dirinya untuk benar-benar menguatkan semangat demi melayan satu persatu perangai setiap pelajar yang ditemuinya semasa mengajar.

“Banyak sebenarnya isu yang saya lalui bila mengajar ini. Saya benar-benar perlu menguatkan semangat demi melayan kerenah setiap seorang daripada anak murid saya.

“Tidak pasti sama ada kesilapan itu berpunca daripada diri saya sendiri atau pun tidak. Mungkin saya sepatutnya perlu bertindak lebih garang sejak daripada hari pertama lagi,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam pada itu, Farisha mengakui sifatnya yang terlalu baik berkemungkinan menjadi punca pelajar kurang mengambil serius terhadap kehadirannya sebagai guru.

“Malangnya, sebelum ini saya asyik memberikan senyuman sahaja. Sebab saya sendiri pernah menjadi seorang pelajar dan amat memahami perasaan takut apabila berhadapan dengan pendidik yang tegas serta garang. Walau bagaimanapun, ketegasan pendidik-pendidik terdahulu itulah yang sebenarnya telah membentuk siapa diri saya pada hari ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Farisha merupakan naib juara program Idola Kecil musim keempat serta pemenang tempat ketiga Ceria Popstar, selain popular menerusi lagu hitnya berjudul Tak Malu.

Namun, Farisha kini bergelar pensyarah muda bagi subjek Komunikasi Massa di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), di samping sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN