Warga asing tunjuk borang RTK 2.0 terus dicop PATI - Utusan Malaysia

Warga asing tunjuk borang RTK 2.0 terus dicop PATI

PATI RTK
JAFRI Embok Taha memeriksa salah seorang pekerja asing yang ditahan dalam serbuan oleh Imigresen dekat sebuah pusat beli belah terkemuka di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Cubaan menggunakan borang permohonan Porgram Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 oleh segelintir pekerja asing mengundang pada apabila taktik itu membongkar status mereka sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

Mereka antara 83 PATI terdiri daripada 41 lelaki dan 42 wanita berusia 21 hingga 49 tahun dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dalam serbuan dekat sebuah pusat beli belah terkemuka kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, di sini, hari ini.

Dalam serbuan tersebut mendapati sebilangan PATI cuba menyelinap keluar dengan menutup premis mereka namun gagal apabila ditahan di tingkat bawah pusat beli-belah tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, pusat beli-belah tersebut antara lokasi tumpuan yang mana pemilik atau penyewanya sering menggajikan warga asing sebagai pekerja.

Menurutnya, malah tindakan kerap kali diambil terhadap majikan atau penyewa di sana namun mereka bersikap degil dengan melakukan kesalahan sama.

“Peringatan telah diberikan namun penyewa kerap kali mengambil PATI. Apabila pekerjanya sudah ditangkap, mereka mengaji lagi yang tiada dokumen. Kita ingatkan majikan di luar sana mengambil pekerja yang mempunyai permit.

“Kita akui terdapat majikan perlukan perkhidmatan warga asing namun ikut saluran yang sah termasuk pekerjaan mengikut permit yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi serbuan hari ini.

Jelasnya, sepanjang operasi tersebut juga terdapat PATI menggunakan alasan dokumen berkaitan diberikan bagi proses-proses pembaharuan oleh majikan atau ejen mereka.

“Sebagai contoh, ada yang menunjukkan kertas RTK 2.0 namun sebenarnya program tersebut tamat pada 31 Jun lalu. Banyak kes warga asing masih bawa kertas itu sedangkan ia tidak sah. Kalau kita dapat tangkap, mereka dianggap PATI ,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan jumlah PATI yang ditahan dalam serbuan tersebut melibatkan 41 warga Indonesia diikuti Nepal (17), Bangladesh (11), Pakistan (6), Myanmar (4), dan seorang India.

Tambahnya lagi, antara kesalahan dilakukan mereka adalah tiada dokumen pengenalan diri, langgar syarat sah pas, tinggal lebih masa dan pemegang kad yang tidak diiktiraf.

“Kesemua PATI itu disiasat mengikut Akta Imigresen dan akan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN