UMNO kekal bertanding kerusi DUN Mahkota

UMNO kekal bertanding kerusi DUN Mahkota

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mana-mana­ pemimpin supaya tidak mengeluarkan kenyataan me­­nuntut kerusi yang sudah diperuntukkan kepada parti-parti dalam gabungan BN-Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, persefahaman yang menjadi formula Kerajaan Perpaduan secara lazimnya adalah kerusi diwakili oleh mana-mana parti harus diserahkan dan ditan­dingi semula oleh parti tersebut.

Oleh demikian, katanya, beliau tidak mahu kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berhubung perkara itu pada akhirnya menimbulkan per­sepsi sebaliknya.

“Saya tak mahu kenya­taan dikeluarkan oleh pemimpin besar atau kecil yang menuntut mana-mana kerusi yang diperuntukan untuk dituntut atau keluar kenyataan yang akhirnya menimbulkan persepsi sebaliknya,” kata­nya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Majlis Pemba­ngunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (SEK-MPUPK) Bilangan 3 Tahun 2024, semalam.

Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu berkata, Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) partinya akan mengadakan mesyuarat berhubung persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dalam masa terdekat.

Katanya, ia susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi awal semalam.

“Kita akan bawa keputusan (mesyuarat Biro Politik dan MKT) ke dalam mesyuarat Sekretariat Perpaduan (untuk dibentangkan),” katanya.

Beliau berkata, UMNO yakin bahawa DUN Mahkota me­rupakan kawasan berpotensi untuk dimenangi semula oleh partinya semula.

“DUN Mahkota adalah kawasan yang agak berpotensi untuk kita memenangi dan tentunya kita mahu koordinasi dilakukan dengan semua parti-parti politik dalam Kerajaan Perpaduan,” kata­nya.

Terdahulu, SPR menetapkan 28 September ini sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Mahkota manakala proses penamaan calon diadakan pada 14 September, Sabtu dengan hari mengundi awal adalah pada 24 September, Selasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN