Tiada unsur jenayah kematian kanak-kanak perempuan warga Filipina

Tiada unsur jenayah kematian kanak-kanak perempuan warga Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah atau penderaan dikesan melibatkan kematian seorang kanak-kanak perempuan Filipina pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis sebelum itu menerima laporan berkaitan kematian kanak-kanak berumur 11 tahun itu pada pukul 10.01 malam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan yang hadir ke tempat kejadian mengesahkan kematian mangsa pada pukul 7.51 malam.

“Mayat kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak itu mendapati tiada  unsur jenayah atau penderaan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Kata  beliau, rakaman percakapan ibukepada  kanak-kanak itu selesai diambil.

“Kanak-kanak berkenaan mengalami penyakit sindrom down sejak lahir dan hanya terlantar di atas katil. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia di rumah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” jelasnya.

Pada Khamis, seorang wanita membuat laporan polis berkaitan kematian anak perempuannya di sebuah apartment di sini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN