KUALA LUMPUR: Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman mengambil alih jawatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi baharu berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Risikan/Operasi/Rekod) D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 8 Julai lalu. Sebelum ini, Sulizmie Affendy berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Perisikan/Siasatan Khas Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Bahagian Wildlife Crime Bureau/Perisikan dan Siasatan Khas,…










