SUK juara bola sepak Piala Super PBI - Utusan Malaysia

SUK juara bola sepak Piala Super PBI

PEMAIN SUK merai kejayaan muncul juara Piala Super 2024 PBI selepas mengalahkan MPT dalam perlawanan akhir di Ipoh kelmarin. - UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak muncul juara Piala Super 2024 Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) selepas mengalahkan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) 4-0 pada perlawanan akhir di sini kelmarin.

Dalam perlawanan di Padang Ipoh, SUK mendahului 2-0 selepas 16 minit perlawanan dan menambah dua gol lagi pada aksi di babak kedua.

Azamad Mustapha Bakri menyumbang dua gol manakala Mohd Fairuz Amanuas dan Muhd Faizul Azuan masing-masing satu gol.

SUK turut mencatat kejayaan berganda apabila Khairul Syafiq Mustafa dipilih Pemain Terbaik perlawanan akhir.

Dengan kemenangan itu, SUK meraih piala pusingan dan wang tunai RM7,000.

MPT, yang pertama kali tampil dalam perlawanan akhir menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Pasukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI Stingers) menumpaskan pasukan Dee Jay Arr 3-1 untuk tempat ketiga dan menerima hadiah RM3,000.

Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan yang berlangsung selama empat bulan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN