Selera pucuk muda 5 selebriti Korea - Utusan Malaysia

Selera pucuk muda 5 selebriti Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU berbicara mengenai wanita yang memilih pasangan dengan usia yang lebih muda, di Malaysia, ramai sahaja pasangan selebriti yang selesa menjalin hubungan sedemikian. 

Sama ada bercinta atau berkahwin, pasangan begini biasanya dilihat istimewa kerana hubungan itu disifatkan unik dalam soal memahami perbezaan dan jarak umur namun pada masa sama tidak mampu menidakkan jodoh yang ditakdirkan Tuhan. 

Di Malaysia, antara pasangan selebriti yang bercinta dan kemudiannya berkahwin dengan lelaki muda seperti Datuk Sheila Majid dan Datuk Acis, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Shila Amzah dan Ubai, Neelofa dan Pu Riz serta Fazura dan Fattah. 

Di Korea juga rupanya wujud pasangan selebriti yang memilih pucuk muda sebagai pasangan masing-masing. Kita senaraikan siapakah selebriti tersebut.

Han Ji Min & Choi Jung Hoon

MESKIPUN 10 tahun lebih muda daripada usianya, aktres, Han Ji Min, nampaknya tidak kisah menjalin hubungan dengan vokalis kumpulan Jannabi, Choi Jung Hoon. 

Kononnya, merpati dua sejoli ini mula berkenalan sejak pelakon wanita itu menjadi tetamu program The Seasons yang menyaksikan Choi sebagai hos. 

Sebelum itu, tular sekeping surat di mana, kononnya Choi meluahkan rasa hatinya terhadap aktres tersebut yang menjadi bahan bualan ramai.

Shin Min Ah & Kim Woo Bin

PASANGAN ini cukup popular dalam kalangan peminat K-Drama. Siapa sangka, dalam sibuk membina kerjaya seni, sedar atau tidak, Shin Min Ah sudah menjalin hubungan cinta selama 10 tahun dengan kekasihnya. 

Meskipun wanita ini tua lima tahun daripada Kim, namun kedua-duanya menampilkan keserasian yang sangat sempurna.

Han Ye Seul & Ryu Sung Jae

SETELAH menjalin hubungan begitu lama, bintang drama Korea 20th Century Boy and Girl ini mengumumkan pernikahannya dengan Ryu Sung Jae pada 7 Mei 2024 lalu. 

Juga mempunyai jarak perbezaan usia sejauh 10 tahun, Han Ye Seul menyifatkan pasangannya itu sebagai seorang lelaki yang sangat memahami dan sempurna di matanya. 

Meskipun selama tiga tahun menjalin cinta ramai yang menganggap dia tidak akan bertahan lama bercinta dengan lelaki muda tersebut, aktres ini bagaimanapun membuktikan bahawa Ryu adalah lelaki yang tepat buatnya.

Im Ji Yeon & Lee Do Hyun

BERKENALAN sejak berlakon sama dalam naskhah berjudul The Glory, Im Ji-yeon kelihatan bahagia selepas mengumumkan hubungan cinta bersama kekasih, Lee Dohyun yang lebih muda 5 tahun daripadanya kepada umum. 

Im Ji Yeon juga menyifatkan kekasihnya itu seorang lelaki yang sempurna di matanya. Namun, apa yang penting, kedua-dua mereka ini tidak pernah menyembunyikan hubungan mereka sebagaimana kebanyakan selebriti Korea lain.

Gong Hyo-Jin & Kevin Oh

PELAKON, Gong Hyo Jin juga nampaknya lebih selesa dengan lelaki yang lebih muda apabila dia memilih penyanyi Kevin Oh sebagai suaminya. 

Mempunyai jarak perbezaan usia sejauh 10 tahun, aktres tersebut mendirikan rumah tangga dalam majlis tertutup yang diadakan di New York, Amerika Syarikat pada Oktober 2022. 

“Saya buat keputusan untuk berkahwin sebab suami saya sangat baik dan saya yang mulakan langkah pertama untuk pikat Kevin. 

“Malah, masa saya dapat nombor dia, saya pernah hantar mesej kepadanya pukul 5 pagi,” ceritanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×