Reman suami isteri disyaki dera mati kanak-kanak disambung 

Reman suami isteri disyaki dera mati kanak-kanak disambung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang ditahan reman susulan kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai didera di Rawang di sini pada 18 Ogos lalu disambung seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, bapa tiri, 29, dan ibu kandung mangsa, 28,  disambung reman tujuh hari lagi sehingga 31 Ogos ini selepas tempoh reman mereka tamat semalam.

“Kita juga masih menyiasat motif mangsa dibunuh. Setakat ini satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul.

Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka dan bibir, paha, dagu dan lutut.

Susulan itu, polis menahan ibu kandung dan bapa tiri mangsa yang juga pengawal keselamatan bagi membantu siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×