PETALING JAYA: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyindir langkah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ekoran kegagalannya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam. Shahrir yang merupakan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘memfranchisekan’ partinya dalam kempen PRK Nenggiri merupakan langkah luar biasa bagi mana-mana parti politik. “Bayangkan fakta-fakta ini, calon Bersatu yang lompat masuk dari…










