PRK Nenggiri: Pilih pemimpin yang suka bantu rakyat

PRK Nenggiri: Pilih pemimpin yang suka bantu rakyat

JOHARI Abdul Ghani (kanan) menziarahi pengundi di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri perlu memilih calon yang suka membantu selain kuat bekerja untuk rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, calon yang ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN) kali ini iaitu Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pakej lengkap untuk diangkat sebagai wakil rakyat.

“Saya sangat berpuas hati dengan keperibadian calon (Mohd. Azmawi Fikri) yang sangat sopan dan merendah diri ketika bertemu penduduk DUN Nenggiri.

“Saya nampak penerimaan masyarakat cukup tinggi. Saya nak puji cara Mohd. Azmawi Fikri berkempen sangat menunduk ke bumi. Dia turun ke bawah, sopan dan tidak mengata benda-benda yang kesat,” katanya selepas Program Ziarah Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, imej yang dibawa oleh Mohd. Azmawi Fikri sebenarnya satu contoh kempen pilihan raya yang perlu kita amalkan.

Katanya, imej yang baik, akan dapat mengembalikan keyakinan terhadap parti (BN) sekali gus dapat membangunkan ekonomi negara.

“BN beruntung kerana dapat memiliki pemimpin yang baik. Adanya pemimpin yang mempunyai latar pendidikan yang bagus, muda dan sanggup berkhidmat.

“Ini adalah contoh kepimpinan yang kita nak letakkan dalam kawasan-kawasan supaya dalam jangka masa panjang kita dapat baik pulih balik BN (imej).

“Itu yang saya hendak tekankan kepada pemimpin muda ini, dia kena sentiasa ada di bawah, dia tidak boleh datang tiba-tiba berada di atas. Dia kena berada di bawah dengan menyelami isu-isu masyarakat dan menyampaikan kepada pemimpin di atas,” ujarnya.

Johari berkata, pada masa sama individu yang mengutuk parti lain semasa berkempen tidak layak di undi sebagai pemimpin.

Katanya, perbuatan mengutuk dan mengeluarkan kata kesat kepada parti lain semasa berkempen demi meraih undi perlu dielakkan pemimpin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN