PRK Mahkota: UMNO guna strategi berbeza

PRK Mahkota: UMNO guna strategi berbeza

Ahmad Zahid Hamidi bertanya sesuatu kepada seorang siswa sempena Istiadat Pentauliahan Ke-15 Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Wakil daripada UMNO akan menjadi wakil Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September nanti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, senarai calon sudah diterima daripada UMNO Bahagian Kluang, namun belum disenarai pendek untuk diumumkan.

“Saya dengan ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengarah PRK Mahkota manakala timbalannya adalah Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin sebagai Pengarah War Room.

“Pengarah Operasi adalah Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md. Jais Sarday dan timbalannya, Zainal Mohamad sebagai Timbalan Pengarah Operasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Istiadat Pentauliahan Ke-15 Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, semalam.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan berbeza berbanding di PRK DUN Nenggiri.

Ujarnya, landskap politik dan demografi pengundi di Mahkota, Kluang tidak sama seperti di Nenggiri yang terletak di Gua Musang, Kelantan.

“Kami melihat 66,000 pengundi di DUN Mahkota sangat besar dan berbeza profil. Di Mahkota juga terdapat lebih 4,000 pengundi tentera dan lebih kurang 400 pengundi polis.

“Pengundi anak muda yang berumur 39 ke bawah dianggarkan sebanyak 52 peratus. Sudah pasti semua demografi yang berbeza ini memerlukan penyelarasan jentera di peringkat pusat, negeri dan bahagian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN