KUALA LUMPUR: Hasrat peminat untuk menyaksikan kesinambungan filem Pontianak Harum Sundal Malam bakal tercapai apabila filem ketiga filem itu bakal dihasilkan tidak lama lagi. Menurut penerbitnya, Kavita Sidhu, 52, pihak produksi masih menunggu masa sesuai untuk memulakan penggambaran memandangkan skrip filem berkenaan sudah sepenuhnya disiapkan. “Benar, kami sedang menghasilkannya, saya salah seorang penerbitnya. Diharapkan, penggambaran filem ini dapat kami mulakan seawal November ini. “Pengarahnya, Shuhaimi Baba sudah pun menyiapkan skripnya.…










