Polis tahan lima lelaki curi kabel RM2.5 juta di tapak pembinaan LRT3  - Utusan Malaysia

Polis tahan lima lelaki curi kabel RM2.5 juta di tapak pembinaan LRT3 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Sekumpulan penjenayah yang aktif mencuri kabel di tapak pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) tumpas dengan penahanan lima lelaki termasuk seorang warganegara Pakistan semalam.

Penahanan kesemua suspek dilakukan di tapak projek LRT 3 di Jalan Persiaran Raja Muda, Seksyen 2 dan di Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14 di Shah Alam serta di Kayu Ara, Damansara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 32 hingga 41 tahun itu dilakukan antara pukul 6.30 petang sehingga 9 malam semalam.

Kata beliau, turut dirampas daripada suspek sebuah kenderaan Nissan Sentra, satu anak kunci dan enam buah telefon bimbit.\

“Siasatan awal mendapati semua suspek yang ditahan merupakan pekerja syarikat kontraktor yang lantik bagi pembinaan LRT 3 yang mempunyai akses ke tapak pembinaan.

“Suspek ini akan  mencuri kabel di tapak pembinaan dengan membawa keluar kabel tersebut menggunakan lori yang disewa khas, kabel itu kemudian dipotong dan dijual ke kedai barang-barang lusuh sekitar Klang,” katanya di sini.

Beliau berkata, kumpulan terbabit bergerak aktif hampir setahun dan menyebabkan kerugian berjumlah RM2,506,500 kepada pemilik projek berkenaan.

“Kabel yang dicuri merupakan kabel yang berfungsi sebagai pengalir arus elektrik ke bumi.

“Sebanyak 15 laporan polis telah dibuat oleh pemilik projek di Shah Alam dan Klang berhubung kecurian berkenaan,” jelasnya.

Tambah beliau, kesemua suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Shah Alam dan kes disiasat mengikut Seksyen 431 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN