Siang dengan Bersatu, malam bersama UMNO - Utusan Malaysia

Siang dengan Bersatu, malam bersama UMNO

MUHAMMAD FAIZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Gesaan Pas supaya ahli dan penyokongnya mengundi calon UMNO di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memperlihatkan Pas tidak mempunyai prinsip yang konsisten dalam perjuangan politik.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Muhammad Faiz Fadzil mendakwa tindakan itu diibarat seperti ‘siang dengan Bersatu, malam bersama UMNO’.

“Kita tidak tahu mana isterinya yang sah, siang dengan Bersatu, malam dengan UMNO.

“Masalah dengan Pas ini, parti ini tiada prinsip dalam perjuangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan Kelantan di Kompleks Pemeriksaan Ikan Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Faiz memberitahu, gesaan itu menggambarkan Pas seolah-olah mahu kembali bekerjasama dengan UMNO walaupun pernah memutuskan hubungan dengan parti tersebut sebelum ini.

“Tetapi saya mahu ingatkan UMNO, Pas ini bila dia berkawan, dia akan tinggalkan, akan khianat kawannya.

“Dulu Pas pernah tinggalkan UMNO, kafirkan UMNO, dan pernah bersama dengan UMNO sebanyak dua kali dan tinggalkan UMNO,” ujarnya.

Muhamad Faiz berkata, rakyat juga perlu menilai Pas kerana mendakwa parti itu berpolitik untuk mendapatkan kuasa, selain menggunakan agama sebagai alat bagi mencapai matlamat politik. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN