PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meluncurkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) pada 3 petang esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pelan tersebut merupakan komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat darjat dan martabat Bumiputera sesuai dengan hasrat Ekonomi Madani. Kata beliau, kerajaan ingin memastikan kehidupan rakyat bertambah baik. “Semoga dengan pelan ini dapat memacu masyarakat Bumiputera menjadi pencipta nilai, bersedia…










