Perlawanan akhir bola sepak Liga Super PBI hari ini - Utusan Malaysia

Perlawanan akhir bola sepak Liga Super PBI hari ini

AMIRUL Izwan (dua dari kanan) dan Nor Nasriq Kamaruddin menunjukkan trofi kejohanan Liga Super PBI menjelang perlawanan akhir di antara SUK dan MPT di Ipoh hari ini. - UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH : Pasukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) masing-masing yakin mampu merangkul gelaran Liga Super Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) 2024 apabila bertemu dalam perlawanan akhir di Padang Ipoh di sini hari ini.

Kapten MPT, Amirul Izwan melaungkan keyakinan untuk merangkul kejuaraan dalam penampilan pertama Kejohanan itu.

“Kami akan turun dengan semangat untuk muncul juara kali pertama. MPT akan beri tentangan habis-habisan kepada SUK, ” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Sementara itu, SUK yang dianggap sebagai gergasi bola sepak daerah Ipoh tidak mahu bersikap terlalu yakin.

Kaptennya, Nor Nasriq Kamaruddin tidak menganggap pasukannya memiliki kelebihan.

“Peluang kami 50-50. MPT bukan calang-calang pasukan. Kejayaan mara ke perlawanan akhir bererti MPT adalah pasukan berkemampuan. Kami tidak boleh pandang rendah kemampuan mereka,” katanya.

Kedua-dua pasukan mara ke final selepas menunduk lawan masing-masing di separuh akhir sebelum ini.

MPT mengecewakan Dee Jay Arr 2-0 manakala SUK Perak menundukkan MBI Stingers juga dengan keputusan sama.

Perlawanan akhir bermula pukul 5 petang ini.  Juara akan menerima piala pusingan, wang tunai. RM 10,000 serta hadiah iringan manakala naib juara menerima RM5, 000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN