Penyokong JDT dinasihatkan jaga disiplin, tidak cetus kontroversi 

Penyokong JDT dinasihatkan jaga disiplin, tidak cetus kontroversi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ), esok (Sabtu) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang Selangor FC diingatkan menjaga disiplin dan tidak mencetuskan provokasi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, perkara ini ditekankan kerana khuatir perkara tidak diingini berlaku memandangkan golongan wanita dan kanak-kanak turut berada di stadium.

Katanya, sebagai ‘pemain ke-12’ JDT, sokongan dengan laungan dan chant (nyanyian) kepada skuad Harimau Selatan mampu membakar semangat juang untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA sekali gus memenanginya tiga musim berturut-turut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sememangnya lautan Merah Biru di SNBJ nanti menjadi faktor dan elemen tambahan serta kekuatan buat pemain-pemain JDT yang bakal turun beraksi nanti.

“Sabtu ini, pasukan JDT dengan barisan pemain yang penuh persediaan rapi dan berada di tahap terbaik, mampu cipta sejarah dalam landskap arena bola sepak negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini