KUALA NERUS: Seorang peniaga nasi Arab warga Yaman mengalami kerugian lebih RM150,000 selepas restorannya di Kampung Tok Jiring di sini, hangus dijilat api, malam tadi. Kebakaran yang melibatkan sederet empat buah kedai dua tingkat itu berlaku pada pukul 10 malam. Muhammad Abdulatef, 26, berkata, antara yang musnah adalah wang simpanannya selama enam tahun serta barang kemas milik isteri yang merupakan warga tempatan, Nur Syakirah Zainal Abidin, 21. Menurut pemuda itu,…










