KUALA KRAI: Pendakwaan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 dilakukan mengikut prosedur bukannya secara tergesa-gesa. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan berhubung isu agama, raja dan kaum (3R) dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu selama tujuh hari. Menurutnya, dalam tempoh tersebut, siasatan yang sudah lengkap akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum arahan…