Pencarian dua lagi mangsa bot karam di pesisir pantai - Utusan Malaysia

Pencarian dua lagi mangsa bot karam di pesisir pantai

AZMAN Alias (kanan) meneliti peta lokasi kejadian bot karam dipercayai dilanggar tongkang bersama anggota Maritim Malaysia di Pangkalan Hadapan Carilamat di Zon Maritim Kemaman, di Kemaman, hari ini. -. UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Usaha pencarian dua lagi mangsa bot karam yang masih hilang akan dilakukan di sepanjang pesisir pantai di daerah ini dan Dungun.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, pihaknya akan mengerahkan anggota daripada enam balai di daerah Kemaman dan Dungun untuk pencarian pesisir pantai sejauh 70 kilometer.

“Pencarian di sepanjang pesisir pantai akan bermula dari Kuala Kemaman hingga ke Tanjung Jara, Dungun,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Hadapan Carilamat di Zon Maritim Kemaman, di sini, hari ini.

Azman berkata, Unit Udara JBPM akan turut membuat penilaian di lokasi kejadian untuk melihat kesesuaian untuk selaman di lokasi kejadian bagi mencari Aina Husna Mohamad Husaini, 25, dan Yusof Kassam, 66, yang masih belum ditemuikan.

“Jika keadaan sesuai, kita akan membuat selaman namun kita akan turut melihat beberapa faktor termasuk cuaca dan keadaan laut,” katanya.

Tragedi yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi semalam, mengorbankan dua mangsa iaitu Siti Zamimah Mohman Zobini, 29, yang berasal dari Selayang, Selangor dan tekong tempatan, Shahril Ismail, 50.

Lima mangsa Rosnawi Harun, 50, Ain Farhana Mohamad Husaini, 30, Haziyah Harun, 63, Mat Ali Alahan, 66, dan tekong, Saipul Ridzuan Osman, 50, terselamat selepas bergantung pada tong ikan dan barang-barang yang terapung selama dua jam sebelum diselamatkan bot nelayan tempatan yang kebetulan melalui lokasi kejadian. – UTUSAN

AZMAN Alias (kanan) meneliti peta lokasi kejadian bot karam dipercayai dilanggar tongkang bersama anggota Maritim Malaysia di Pangkalan Hadapan Carilamat di Zon Maritim Kemaman, di Kemaman, hari ini. -. UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×