Pemandu tak sedar kucing tergantung di belakang kenderaan - polis

Pemandu tak sedar kucing tergantung di belakang kenderaan – polis

NIBONG TEBAL : Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian seekor kucing yang diikat lehernya menggunakan tali dan tergantung di belakang kenderaan sebuah pacuan empat roda di Simpang Ampat, di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian seekor kucing yang diikat lehernya menggunakan tali dan tergantung di belakang kenderaan sebuah pacuan empat roda di Simpang Ampat, di sini, semalam.

Laporan terbabit dibuat oleh pemandu kenderaan tersebut pada pukul 5.29 petang semalam untuk menjelaskan situasi sebenar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Chong Boo Khim berkata, pengadu yang juga warga tempatan memaklumkan, dia menjumpai kucing berkenaan dalam keadaan tidak terurus di sekitar rumahnya.

“Dia telah membawa kucing itu ke klinik haiwan di Simpang Ampat bagi tujuan pemandulan. Bagaimanapun, pengadu tidak menyedari kucing yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan melompat keluar dan dalam keadaan tergantung.

“Pengadu hanya menyedari perkara itu sebaik sahaja sampai di klinik haiwan dan bertindak membuka ikatan tali di leher kucing terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, kes itu dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak memanipulasikan kes tular yang boleh menyebabkan kekeliruan.

“Dalam hal ini, orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kebenarannya,” katanya.

Semalam, tular gambar kucing yang tergantung di belakang pacuan empat roda dalam media sosial sehingga mencetuskan kemarahan pencinta haiwan dan netizen.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika dilaporkan berkata, laporan polis dibuat bagi demi menegakkan sistem keadilan jenayah haiwan dan sebagai satu pelajaran supaya pemilik berhati-hati dalam mengurus dan mengendalikan haiwan bawah tanggungjawab mereka.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN