Pemanah berkuda Malaysia catat kejayaan di Rusia

Pemanah berkuda Malaysia catat kejayaan di Rusia

NASRUL Kamarulzaman (kiri) dan Safwan Abdul Rashid (kanan) yang meraih gangsa dalam pertandingan memanah berkuda di Rusia baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan memanah berkuda negara berjaya menamatkan penantian dua tahun untuk meraih pingat dalam Kejohanan The Center of National Equestrian Traditions International Cup 2024 di Rusia, baru-baru ini.

Persekutuan Memanah Berkuda Malaysia (MHAF) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, Malaysia yang diwakili Nasrul Kamarulzaman dan Safwan Abdul Rashid masing-masing meraih gangsa dalam kategori Masahee.

Malaysia berjaya meraih pingat gangsa selepas ditewaskan Iran dan Turkiye yang merupakan johan serta naib johan dalam pertandingan berkenaan.

Sebanyak lapan buah negara menyertai pertandingan anjuran Persekutuan Memanah Berkuda Dunia (WHAF) antaranya Arab Saudi, Mongolia, Indonesia dan Rusia.

Sebagai rekod, kategori Masahee memerlukan pemanah menunggang kuda dan menembak sasaran sehingga semua sasaran jatuh ke tanah dan boleh dimainkan sebagai permainan individu atau pasukan.

Ia diambil daripada memanah berkuda gaya tradisi Koma-Gun Korea Selatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN