AS dakwa Iran serang kapal dekat Oman - Utusan Malaysia

AS dakwa Iran serang kapal dekat Oman

GAMBAR fail sebuah kapal tangki belayar di luar pantai Oman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUSCAT: Sebuah peluru tidak dikenali  mengenai sebuah kapal tangki minyak dan menyebabkan kebakaran di luar pesisir Oman berhampiran Selat Hormuz pada Isnin, menurut agensi keselamatan maritim Britain, Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO).

Insiden itu berlaku berhampiran salah satu laluan perkapalan tenaga paling penting di dunia, meskipun gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran masih berkuat kuasa serta usaha sedang diteruskan untuk memeterai perjanjian damai yang berkekalan.

UKMTO berkata, insiden itu berlaku kira-kira lapan batu nautika di timur Limah, Oman.

“Sebuah kapal tangki melaporkan ia terkena peluru yang tidak dikenali di bahagian kiri kapal, menyebabkan kebakaran ketika sedang belayar ke arah selatan,” kata UKMTO dalam satu hantaran di platform X.

Agensi itu berkata, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau pencemaran alam sekitar.

“Kapal-kapal dinasihatkan supaya belayar dengan berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada UKMTO,” tambah agensi itu dan memaklumkan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian tersebut.

Laman berita, Axios melaporkan lewat Isnin bahawa Iran telah melancarkan sekurang-kurangnya dua peluru berpandu ke arah kapal-kapal komersil, memetik dua pegawai AS yang enggan identiti mereka didedahkani.

Menurut salah seorang pegawai itu, sebuah lagi kapal turut terkena serangan dan mengalami kerosakan yang ketara.

Agensi berita AFP tidak dapat mengesahkan secara bebas laporan Axios tersebut. Pentagon pula tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan AFP untuk mendapatkan komen.

Selat Hormuz menjadi tumpuan ketegangan semasa perang di Asia Barat  apabila Iran mengenakan sekatan ke atas laluan perairan itu dan beberapa kapal komersial diserang, sekali gus menyebabkan harga tenaga global melonjak.

Perang Iran bermula apabila AS dan Israel menyerang negara itu pada 28 Februari lalu.

Amerika  bertindak balas dengan mengenakan sekatan lautnya sendiri. Ia bertindak sedemikian sebelum melancarkan serangan balas terhadap Iran selepas menuduh Teheran menyasarkan kapal-kapal komersial. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN