Pelbagai kaum  gayakan  pakaian tradisional di ibu negara 

Pelbagai kaum gayakan pakaian tradisional di ibu negara 

ANTARA sebahagian peserta yang menggayakan pakaian tradisional di Bangunan Sultan Abdul Samad baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Seramai 250 peserta melibatkan  pelbagai kaum menyertai program khas pameran pakaian tradisional sempena sambutan Hari  Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad dekat sini Sabtu lalu. 

Program anjuran KWC Fashion Wholesale (KWC) itu diadakan bagi mengetengahkan pakaian tradisional masyarakat pelbagai bangsa  dan menyemai semangat cintakan negara.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi KWC, Wendy Lam berkata, penganjuran acara yang bertemakan ‘Tradisi Kita, Kebanggaan Malaysia’ itu berjaya menarik minat pelancong luar negara.

“Acara ini  dimeriahkan dengan persembahan busana sarung, persembahan ‘flash mob’ dan tarian joget lambak, kompang bagi mengimbau kenangan lama. 

“Lebih 10 busana pelbagai etnik dan rekaan bertujuan merayakan keunikan budaya Malaysia yang penuh warna dan gaya.Semua peserta hadir berpakaian tradisional dengan sentuhan moden, ada mengenakan sarong, batik, cheongsam dan sari,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara tersebut mendapat kerjasama  TikTok Shop Malaysia dengan sokongan bersama LOCCO Keretapi Sarong 2024.

Wendy dalam masa sama berkata, semua peserta yang berpakaian tradisional  juga turut  dinobat Anugerah Pakaian Terbaik dan setiap pemenang membawa pulang baucar tunai bernilai RM50 setiap seorang.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN