KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan syarikat pemasaran yang dilantik untuk menguruskan perniagaan produk ayam dan daging sejuk beku didakwa menyeleweng dana sebuah koperasi berjumlah RM865,559. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamudin Hashim berkata, individu berusia 40-an itu disyaki berkomplot dengan beberapa syarikat lain bagi mengaut keuntungan untuk tujuan peribadi. “Kegiatan yang didakwa dilakukan dari 2020 hingga 2021 dipercayai dirancang lebih awal. “Syarikat pemasaran itu diamanahkan oleh koperasi…










