KUBANG PASU: Kejadian sebuah treler merempuh rumah di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam semalam dipercayai berpunca daripada masalah pedal minyak yang tersangkut di lantai kenderaan itu. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, treler dipandu lelaki berusia 59 tahun itu dalam perjalanan dari sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam. “Semasa menuruni jalan industri…










