Pas restui Mohd. Rizwadi - Utusan Malaysia

Pas restui Mohd. Rizwadi

PAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas merestui dan menaruh kepercayaan terhadap Mohd. Rizwadi Ismail untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) pada pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 17 Ogos ini.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas menzahirkan keyakinan dan sokongan penuh terhadap pencalonan Mohd. Rizwadi. 

“Pemilihan calon yang bersesuaian dengan suasana setempat, mesra anak muda dan dekat dengan masyarakat menjadi faktor terpenting dalam aspek pemilihan calon, di samping kekuatan jentera pilihan raya yang menjadi sandaran.

“Berbekalkan disiplin ketenteraan dan proses pentarbiahan yang telah teruji, PAS merestui dan menaruh kepercayaan terhadap Rizwadi untuk menggalas tugas sebagai calon Perikatan Nasional, seterusnya menjadi wakil rakyat yang akan membela kebajikan dan kesejahteraan hidup seluruh warga Nenggiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, Pas telah menggerakkan jentera parti di peringkat Negeri Kelantan dan seluruh negara bagi memenangkan Rizwadi yang akan menggunakan lambang ‘Bulan’ pada PRK itu.

“Diharapkan proses penamaan calon dan tempoh berkempen akan berlangsung secara matang, adil dan saksama,” katanya.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN