Pas enggan sertai Kerajaan Perpaduan kerana DAP

Pas enggan sertai Kerajaan Perpaduan kerana DAP

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas enggan menyertai Kerajaan Perpaduan walaupun ‘dipelawa’ kerana tidak mahu bersekutu dengan DAP dan berada di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas tidak akan memenuhi ajakan untuk menyertai kerajaan seperti mana yang didakwa pelbagai pihak.

Ini kerana, menurut beliau, Pas tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan yang ada Anwar dan DAP seperti mana kerjasama terjalin semasa Pakatan Rakyat (PR).

“Pas tidak akan memenuhi ajakan pihak-pihak tertentu termasuk daripada UMNO untuk bersama dan bercampur dalam kesepakatan politik yang adanya DAP,” katanya seperti dipetik Harakahdaily hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Pas mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti itu untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Hashim berkata, Pas perlu melihat dari semua aspek baik dan buruk jika bersama Kerajaan Perpa­duan.

Katanya, perkara itu juga ada dibangkitkan dalam Majlis Syura Ulama Pas, namun sekadar dibincang sepintas lalu dan belum ada sebarang keputusan muktamad menge­nainya.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, pengalaman bersama DAP sebelum ini menunjukkan parti tersebut ‘tidak boleh dipercayai’ dan membawa ‘agenda lain’.

Malah, katanya, Pas tidak mahu bersama DAP kerana parti itu menolak Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Apabila keputusan ini kita dah buat, dah kita rasa, dah tahu dah selok-belok DAP ni, (sekarang) UMNO nak ajak kita pergi bersama semula?

“Saya rasa kalau dibawa dalam Majlis Syura pun, tak akan ada seorang pun yang menyokong untuk kita (Pas) bersama (DAP).

“Sebab itu kita (Pas) tak mahu DAP, kita tak mahu Anwar. Ini keputusan kita,” katanya yang ditemui Harakahdaily baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×