GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di Pos Pulat di sini mahu wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri kali ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup. Dakwa masyarakat itu, sebelum ini mereka dijanjikan peluang pekerjaan oleh pemaju Projek Hidroelektrik Nenggiri namun sehingga hari ini belum ada tawaran kepada anak-anak muda Orang Asli. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA)…










