Operasi mencari wanita warga India disambung 

Operasi mencari wanita warga India disambung 

KEADAAN di lokasi kejadian pada hari ketiga SAR dilakukan di Masjid India, Kuala Lumpur hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warganegara India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini disambung hari ini selepas pencarian kira-kira 50 jam sejak Jumaat lalu. 

Operasi yang memasuki hari ketiga disambung semula kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dengan menumpukan di lurang kedua di Jalan Melayu dan ketiga, kumbahan di persimpangan Jalan Melayu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affande Sulaiman hadir kira-kira pukul 9.56 pagi bagi meninjau SAR di lokasi.

Tinjauan mendapati ahli keluarga mangsa menunggu di lokasi sejak pukul 8 pagi manakala  anak lelaki mangsa dikenali sebagai Surya, 26, dilihat diberi penerangan berhubung operasi hari ini dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berbangsa India sebagai jurubahasa. 

Hari ini operasi SAR membabitkan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium (IWK).

Jumaat lalu, media melaporkan mangsa merupakan seorang pelancong dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian pukul 8.22 pagi.

Pasukan SAR turut menemukan selipar dipercayai milik mangsa pada hari pertama pencarian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN