PETALING JAYA: Mercury Securities memperuntukkan nilai wajaran sebanyak RM1.99 sesaham kepada 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd. untuk penyenaraianya di Pasaran Utama, premium 21 peratus daripada harga tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak RM1.65. Pasar raya mini terbesar di Malaysia tersebut dijadualkan disenarai di Bursa Malaysia pada 9 September depan. Firma penyelidikan berkata, dengan lebih 2,651 cawangan di seluruh Malaysia, 99 Speed Mart ialah pemain terbesar dalam industri pasaran mini (40.1…









