KUALA TERENGGANU: Seorang mekanik dikhuatiri lemas apabila jet ski ditunggangi terbalik di Sungai Terengganu berhampiran Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI), kira-kira pukul 8 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, ketika kejadian mangsa, Abdullah A. Mubin, 44, dikatakan sedang menguji jet ski terbabit sebelum tiba-tiba terbalik. Beliau berkata, saksi kejadian mendakwa melihat Abdullah cuba berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri namun usaha itu…










