MBJB kumpul 192.2 tan bahan kitar semula

MBJB kumpul 192.2 tan bahan kitar semula

NOORAZAM Osman menyampaikan hadiah tempat pertama kepada SMK (P) Sultan Ibrahim (SIGS) yang memenangi kategori Sekolah Showcase sempena Program Pendidikan Kelestarian LA21. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 192.2 tan metrik bahan kitar semula berjaya dikumpul menerusi Program Pendidikan Kelestarian LA21 Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) oleh 120 sekolah menengah dan rendah sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, dalam tempoh setahun penganjuran program itu, jumlah pengurangan karbon juga meningkat kepada 459,632 kilogram (kg) tahun lalu berbanding 313,934 kg tahun sebelumnya.

Katanya, sebanyak RM237,827 berjaya dijimatkan dalam kategori penjimatan air.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peningkatan prestasi pengurangan karbon bagi komuniti 49 sekolah terlibat adalah lebih tinggi berbanding jumlah pengurangan karbon di pihak berkuasa tempatan (PBT) kawasan Johor Bahru.

“Program ini bermula pada 2023 melibatkan penyertaan 83 sekolah kebangsaan (SK) dam 37 sekolah menengah kebangsaan (SMK) dalam kawasan MBJB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian hadiah Program Pendidikan Kelestarian LA21 MBJB di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini