Jual lot tapak Bazar Ramadan berdepan black list

Jual lot tapak Bazar Ramadan berdepan black list

Mohd. Haffiz Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mana-mana pihak yang didapati menjual tapak lot perniagaan Bazar Ramadan di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan dikenakan tindakan tegas termasuk disenarai hitam bagi permohonan tahun berikutnya.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada salah guna tapak bazar sepanjang tempoh penganjuran tahun ini.

“Sekiranya didapati terdapat peniaga melanggar peraturan, tindakan akan diambil termasuk kemungkinan disenarai hitam yang menghalang mereka menyertai Bazar Ramadan pada tahun hadapan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB, di sini hari ini.

BPJB telah meluluskan sebanyak 51 lot tapak untuk Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pemeriksaan akan dijalankan bagi memastikan pemilik tapak adalah individu yang berniaga sepanjang tempoh penganjuran.

Kadar sewa tapak Bazar Ramadan di bawah MBJB ditetapkan RM500 untuk meringankan beban peniaga kecil, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Tindakan ini susulan aduan bahawa terdapat tapak bazar disewa sehingga RM1,500 sebulan.

Pada 19 Januari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor, mengumumkan kerajaan negeri mengehadkan kadar sewa tapak Bazar Ramadan PBT kepada maksimum RM500.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Haffiz memaklumkan MBJB mencatat kutipan hasil cukai sebanyak RM682 juta bagi tahun 2025, melebihi sasaran awal RM570 juta. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN