MBJB tangkap 2,034 anjing liar enam bulan pertama tahun ini

MBJB tangkap 2,034 anjing liar enam bulan pertama tahun ini

MOHD. Haffiz Ahmad (berdiri lima dari kiri) bergambar bersama wakil persatuan bukan kerajaan dan masyarakat tempatan semasa pelancaran kempen 'Anjing Terbela, Komuniti Bahagia' di Plentong, Masai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menangkap sebanyak 2,034 ekor anjing liar sejak Januari hingga akhir Jun lalu, susulan aduan penduduk dan usaha kawalan populasi haiwan terbiar.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, dalam tempoh itu pihaknya menerima 219 aduan berkaitan haiwan tersebut, berbanding 650 aduan sepanjang tahun lalu. Sepanjang 2024, sebanyak 3,014 ekor anjing liar berjaya ditangkap.

Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut memperuntukkan RM10,000 bagi pelaksanaan Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar 2025 untuk mengekang penularan penyakit seperti rabies dan leptospirosis.

“Matlamat kempen ini adalah memelihara kesejahteraan awam tanpa menjejaskan kebajikan haiwan atau keselamatan komuniti,” katanya pada pelancaran kempen bertemakan ‘Anjing Terbela, Komuniti Bahagia’ di Plentong, Masai di sini hari ini.

Kempen berkenaan dilaksana bersama Iskandar Social Hero dan Vet Partners Malaysia menerusi program pemandulan berskala besar dan sejak Oktober lalu, sebanyak 850 ekor anjing liar dimandulkan secara berfasa.

Pendekatan itu mendidik masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan mengenai pentingnya kawalan populasi secara mampan.

“Langkah ini bukan sahaja mengurangkan risiko penyakit, malah mengelakkan kejadian tidak diingini akibat populasi haiwan liar yang tidak terkawal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN