ALOR GAJAH: Mayat wanita yang dibunuh kejam dan disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang di kawasan Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini, disahkan sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas ibu mangsa pada 2 Ogos lalu,…