Mayat kanak-kanak disyaki mangsa ketiga dibunuh bapa - Utusan Malaysia

Mayat kanak-kanak disyaki mangsa ketiga dibunuh bapa

MAYAT kanak-kanak lelaki yang ditemukan terdampar di Pantai Leman, Kuala Kedah yang disyaki menjadi mangsa bunuh bapanya di Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun di Pantai Leman, Kuala Kedah di sini dipercayai turut menjadi mangsa bunuh suspek warga asing dalam kejadian kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat terbabit ditemukan terdampar oleh orang awam yang berada di pantai itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, keadaan fizikal kanak-kanak terbabit ditemukan sempurna, namun terdapat kesan kelar di leher yang sama seperti dialami dua beranak berusia 34 dan 10 tahun.

“Polis sedang membuat pengesahan identiti mayat kanak-kanak terbabit, namun berdasarkan siasatan kita tidak menolak kemungkinan mangsa adalah anak bongsu suspek yang turut dibunuh pada Ahad lalu.

“Ini kerana suspek memang memiliki tiga anak dan salah seorang daripadanya belum ditemukan sebelum ini, suspek dipercayai membuang mangsa ke dalam longkang di Jalan Pegawai iaitu kira-kira 2 kilometer dari lokasi pembunuhan sebelum hanyut ke laut.

“Seorang lagi anak lelakinya yang berusia lima tahun berjaya diselamatkan polis ketika suspek diberkas malam tadi,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Terdahulu, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing susulan penemuan mayat dua beranak di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala di Jalan Sultan Abdul Halim, di sini petang semalam.

Suspek berusia 43 tahun itu diberkas di sebuah masjid di Bukit Pinang, di sini pada pukul 9.20 malam tadi dan kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdapat kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa warga asing berusia 34 dan 10 tahun itu yang merupakan isteri dan anak kepada suspek. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×