ALOR SETAR: Dua mayat wanita ditemukan dalam sebuah longkang di belakang bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini petang tadi. Kedua-dua mayat terbabit ditemukan bersebelahan antara satu sama lain dalam keadaan tertiarap dan terlentang, manakala terdapat kesan kecederaan pada salah seorang mereka. Setakat ini, polis masih mengenal pasti identiti kedua-dua mayat terbabit yang difahamkan mempunyai pertalian keluarga. Sementara itu, tinjauan di lokasi malam ini mendapati, sepasukan Unit Forensik…










