KOTA KINABALU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima kira-kira tiga juta e-Invois daripada syarikat-syarikat yang berpendapatan atau mempunyai jualan tahunan melebihi RM100 juta. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan pelaksanaan mandatori telah dikuatkuasakan bermula 1 Ogos lalu. Beliau berkata, pada hari pertama penguatkuasaan dilaksanakan, pihaknya menerima lebih 700,000 e-Invois daripada syarikat yang terlibat dalam kategori pertama. Katanya, dari segi…