Lelaki rosakkan Lamborghini majikan kerana berang dipecat

Lelaki rosakkan Lamborghini majikan kerana berang dipecat

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu merosakkan kereta Lamborghini milik majikannya selepas berang dipecat.

Tindakan lelaki berusia 27 tahun itu bagaimanapun mengundang padah apabila dia ditahan polis di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berjata, pemilik syarikat pengawal keselamatan tersebut membuat laporan polis pada pukul 6.30 petang, Selasa lalu apabila pekerjanya memaklumkan kereta yang diletakkan di rumah di Taman Melawati mengalami kerosakan disyaki akibat perbuatan khianat oleh individu dikenali.

Menurutnya, kerosakan dialami adalah kemek di bahagian bonet, cermin sisi ditoreh, cermin hadapan dan bumper hadapan pecah.

“Susulan itu suspek ditahan bagi membantu siasatan di mana semakan mendapati dia mempunyai tiga rekod lampau tidak dikehendaki membabitkan pelbagai kes jenayah.

“Ujian saringan air kencing adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek bekerja sebagai pemandu kereta kepada isteri pemilik syarikat itu.

Suspek direman empat hari bermula semalam hingga 1 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN