IPOH: Lelaki yang tular menghentak cermin sebuah kereta menggunakan kepingan atap genting dalam kejadian di Taman Wing Onn di sini, merupakan pesakit mental. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditangkap pada Khamis lalu susulan laporan polis dibuat mangsa pada Rabu. “Polis telah menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa kereta miliknya yang diletak di tepi jalan…










