Lelaki ditemukan mati di belukar akibat saluran jantung tersumbat - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan mati di belukar akibat saluran jantung tersumbat

ANGGOTA polis memeriksa mayat lelaki tanpa identiti yang ditemukandi kawasan beluar berhampiran Kampung Bukit Chatak, petang semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Lelaki yang ditemukan mati berhampiran sebuah belukar di Kampung Bukit Chatak, dekat sini, petang semalam disahkan meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, perkara itu disahkan oleh pegawai perubatan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang melakukan bedah siasat ke atas mayat lelaki itu, pagi tadi.

“Bedah siasat ke atas mayat itu telah selesai dilakukan kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Bagaimanapun, kita sedang mengenal pasti identiti sebenar mangsa dan kita menunggu daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pengesahaan identiti untuk urusan tuntutan mayat mangsa oleh ahli keluarga,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Maizura berkata, beberapa barangan termasuk sejadah, pakaian dan maggi turut ditemui berhampiran lokasi mayat itu dijumpai.

Semalam, Utusan Malaysia melaporan penduduk di Kampung Bukit Chatak gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki yang hampir reput, di sebuah belukar.

Mayat lelaki itu ditemui terbaring oleh seorang penduduk yang mahu mencari kayu untuk dibuat bubu kira-kira pukul 3.20 petang selepas terhidu bau busuk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×