Juruterbang alami serangan jantung ketika terbang pesawat - Utusan Malaysia

Juruterbang alami serangan jantung ketika terbang pesawat

GAMBAR fail pesawat Jet2. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sebuah penerbangan komersial dari Tenerife, Sepanyol menuju ke Birmingham bertukar cemas selepas juruterbang pesawat itu mengalami serangan jantung ketika sedang berada di udara.

Pesawat Jet2 yang membawa 220 penumpang dengan nombor penerbangan LS1266 itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Portugal pada lewat malam Khamis lalu.

Pendaratan itu dibuat selepas juruterbang pesawat itu mula mengadu kurang sihat ketika berada pada ketinggian 9,144 meter.

Insiden tersebut mencetuskan suasana panik apabila kru-kru kabin berlari di sepanjang laluan tempat duduk penumpang untuk mencari petugas perubatan dalam kalangan penumpang.

Ia bertujuan untuk memberikan rawatan segera kepada juruterbang itu.

Pesawat jenis Airbus A321 itu dilaporkan mengalami penurunan altitud secara mengejut. 

Namun, kru kabin lain terpaksa melencongkan penerbangan dan melakukan pendaratan cemas di Porto pada awal  pagi Jumaat.

Sebaik sahaja pesawat selamat mendarat, pasukan paramedik bergegas menaiki pesawat untuk memberikan bantuan kecemasan awal sebelum juruterbang itu dikejarkan ke hospital berhampiran.

Bagaimanapun, penumpang terpaksa menunggu lebih 13 jam di Lapangan Terbang Francisco Sa Carneiro ketika menunggu juruterbang gantian tiba untuk menerbangkan mereka pulang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN