Lelaki bunuh isteri, anak perempuan direman seminggu - Utusan Malaysia

Lelaki bunuh isteri, anak perempuan direman seminggu

SUSPEK warga asing yang dipercayai terlibat kes bunuh isteri dan anak perempuannya direman tujuh hari di Mahkamah Alor Setar. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lelaki warga asing yang dipercayai membunuh isteri dan anak perempuannya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes terbabit.

Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md. Ali sehingga 26 Ogos ini dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki terbabit yang berpakaian lokap berwarna jingga dikawal ketat sepasukan polis ketika dia dibawa keluar dari lokap mahkamah pada pukul 9.20 pagi tadi.

Terdahulu, suspek ditahan di sebuah masjid di Bukit Pinang, di sini kira-kira pukul 9 malam tadi susulan penemuan mayat dua mangsa di dalam longkang belakang bangunan terbiar di Pekan Simpang Kuala, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, dua mangsa yang masing-masing berusia 34 dan 10 tahun itu ditemukan dengan kesan kelar pada leher.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian termasuk senjata yang digunakan suspek dalam kejadian.

Sementara itu, satu sidang akhbar oleh Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah berhubung kes itu dijangka diadakan pada petang ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×