Lelaki ada 16 rekod jenayah ditembak mati di Bukit Beruntung

Lelaki ada 16 rekod jenayah ditembak mati di Bukit Beruntung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kontinjen Selangor mengesahkan kejadian berbalas tembakan di Jalan Bandar Bukit Beruntung dekat sini malam tadi melibatkan seorang lelaki yang mempunyai 16 rekod jenayah. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 9.33 malam apabila suspek enggan memberhentikan kenderaannya  dan telah melepaskan tembakan ke arah polis.

Katanya, pihak polis telah membalas beberapa tembakan tersebut sebelum suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kontinjen Selangor malam tadi mengesahkan kejadian itu apabila sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah berlaku satu kejadian berbalas tembakan. 

“Suspek adalah lelaki tempatan berusia 36 tahun dan mempunyai 16 rekod kes jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Susulan itu, menurut Hussein, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis atau berhubung Ibu pejabat Polis Daerah Hulu Selangor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN