Konsert Rindu Bayangan penghormatan buat Omar Taib

Konsert Rindu Bayangan penghormatan buat Omar Taib

(DARI kiri) Ronnie Hussein, Nur Khadijah Hassan, Fairuzahri Jalaluddin dan Ismail Bahari menunjukkan poster Konsert Rindu Bayangan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Yayasan Wa­risan Johor (YWJ) bakal me­ngadakan Konsert Rindu Ba­yangan pada 28 September ini sebagai penghormatan kepada maestro muzik negeri ini, iaitu Allahyarham Omar Taib.

Pengarah YWJ, Fairuzahri Jalaluddin berkata, konsert tersebut menampilkan sembilan artis popular tanah air yang membawakan 24 buah lagu gubahan Allahyarham.

Antara lagu tersebut ialah Rindu Bayangan nyanyian kumpulan Carefree dan Siapa Dia Sebelum Daku nyanyian Roy dan Francissca Peter.

“Konsert ini inisiatif kerajaan negeri dalam menghargai jasa dan pengorbanan Omar Taib atau lebih dikenali sebagai OT. Allahyarham adalah seorang kompo­ser prolifik, penggubah lagu dan pemimpin orkestra dalam industri muzik tanah air.

“Walaupun Allahyarham me­ninggalkan kita sejak 2019, lagu-lagunya malar segar dan masih dimainkan di corong-corong radio,” katanya semalam.

Menurut Fairuzahri, pihaknya menggunakan medium konsert berkenaan untuk mempromosikan sejarah termasuk hasil seni anak jati Johor itu yang telah menghasilkan hampir 300 lagu sepanjang kariernya.

“Kita sasarkan seramai 450 pengunjung pada konsert selama dua jam lebih itu, dengan persembahan dipecahkan kepada tiga segmen berbeza termasuk permulaan perjalanan Allahyarham sebagai anak seni.

“Walaupun lagu-lagu Allahyarham meniti kemuncak populariti buat golongan lebih berusia, kami yakin konsert ini bakal mendapat sokongan ge­nerasi lebih muda,” ujarny yang memaklumkan Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Muzik Bahagian Pengurusan Acara di YWJ.

Sementara itu, antara artis yang bakal terlibat membuat persembahan pada konsert itu, Ronnie Hussein memberitahu, dia teruja untuk mempersembahkan tiga buah lagu Allahyarham termasuk secara duet dan medley.

Selain Ronnie, antara artis lain yang turut terlibat IALAH Azlan & The Typewriter, Asmidar, Dayangku Intan, Amira Othman, Syura Badron, Azizul Haqim, Kudien dan Nomad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN