PETALING JAYA: Pas mempersoalkan sama ada UMNO akan menjadi seperti Parti Amanah Negara (Amanah) yang hanya berdiam diri dalam isu pembatalan perintah larangan komik kontroversi Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama (BRI). Persoalan itu dilontarkan Pas susulan laporan pembatalan perintah larangan komik kontroversi itu di dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada 6 Ogos. Timbalan Presiden Pas, Datuk…










